Selasa, 22 Mac 2011

rumpuT & kaseh sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.





Ahad, 20 Mac 2011

kalau ade bnyak DUIT:)

kalau sy ade bnyak duit sy nk beli.........


huhu..:)




Jumaat, 18 Mac 2011

antara......

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn 
masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
















RinDu nk sKOlah bLik..huhuuh

ye!!aq nk rindu nk g skolah blik..wlpun dlu aq mmg KAKI ponteng..hahah
rindu sgt nk dok hostel..rindu nk gosip2 ngan kwn sume..
sy rindu YUSSUFFIAN!!

reuniOn kecil-kecilan:)










Khamis, 17 Mac 2011

Siput lg laju..grrrrr!!

sumpah penat sgt nk bt keja arini..line sgt lembab!!
dr pg bt bnde alah ni xlps2..nk chat kt fb pon xleh..ishhhhh!!
nseb la aq mrah comey cmni..lalallalaa:)

Rabu, 16 Mac 2011

Isnin, 14 Mac 2011

surat awek kepada EN.BF

ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi sejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain.. 

ke hadapan awak, bf ku yang tercinta.. saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab.. 

1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak.. 

2- Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak.. 

3- Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak.. 

4- Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak.. 

5- Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak.. 

6- Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak.. 

7- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak.. 

8- Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak.. 

9- Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak.. 

10- Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak.. Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai 
tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni. Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee.. Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan